Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Nov 1, 2013

Panduan Solat Sunat Hajat

Panduan Solat Sunat Hajat |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya untuk membaca informasi berkaitan dengan Panduan Solat Hajat Dengan Betul. Saya amat bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu ilmu yang amat berguna kepada semua umat islam di atas dunia ini. Terima kasih Allah S.W.T.
 solat hajat
Saya amat terima kasih juga kepada mereka yang menyokong saya daripada belakang kerana tidak putus-putus memberi sokongan agar saya kembali ke jalan yang lurus dan tidak terpesong lagi , saya berkongsi benda ini bukan bermakna saya seorang muslimin yang baik .Saya juga ada banyak kesalah yang dilakukan di atas dunia ini selama saya hidup 19 tahun ini.

Oleh itu, sebagai tanda saya bersyukur kepada Allah S.W.T. Saya akan berkongsi dengan anda cara solat hajat , solat hajat ringkas , solat hajat jodoh , solat hajat sunat , solat hajat berjemaah , panduan solat hajat , solat hajat makbul , waktu solat hajat yang afdal dan  doa solat hajat.




Di bawah ni saya kongsikan ilmu yang saya copy paste dari blog rakan-rakan yang lain semoga bermanfaat kepada saya dan juga anda semua.


MOHON TINGGALKAN KOMEN ANDA DI BAWAH SEBAGAI TANDA SOKONGAN. TERIMA KASIH


Penulis Hakim Mahmud


Sep 30, 2011

PANDUAN SOLAT HAJAT DENGAN BETUL

Assalamualaikum, kali ini saya tertarik untuk menulis tentang Panduan Solat Hajat Dengan Betul. Masih ramai diantara kita yang tidak tahu untuk menunaikan solat hajat. Mungkin ramai yang tidak tahu kelebihan solat hajat antaranya adalah kita meminta doa diperkenankan Allah S.W.T agar doa kita mustajab dan diterima olehNya.
PANDUAN SOLAT HAJAT
Solat Hajat Yang Mustajab
Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu yang dihajatkan samaada besar mahupun hajat yang kecil, untuk diperoleh hajat tersebut. Waktu Afdal Solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di kabulkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT:

Sebelum menunai solat sunat hajat ini antara panduan yang betul sebelum menunaikan ibadat tersebut. Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa” 

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.

1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.

2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali: 

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali: 

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali: 

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.

3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat, mengucapkan Asktag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Doa Selepas Solat Hajat

Selepas kita selesai menunaikan Solat Hajat . Kita harus membaca doa selepas solat hajat ini agar hajat yang kita minta tercapai dan didengari olehNya.


PANDUAN SOLAT HAJAT
Solat Hajat Yang Mustajab


Doa Selepas Solat Hajat Rumi dan Jawi
AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la gha-far-tah, wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.


Sebelum saya mengakhiri posting ini saya ingin berterima kasih kepada anda yang kerana sudi datang ke blog saya. Jangan lupa untuk membaca Kepentingan Doa Pengasih serta Doa Penerang Hati dan jangan lupa juga untuk melawat blog peribadi saya Hakim Mahmud.

Wasallam.