Aug 7, 2014

Keputusan Undian Malaysia Piala AFF Suzuki 2014

Keputusan Undian Malaysia Piala AFF Suzuki 2014 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda terutamanya kepada peminat bola sepak Tanah Air Malaysia. Entri ini saya kongsikan khas untuk anda yang menyokong dan mengambil perhatian tentang isu semasa berkaitan sukan bola sepak di Malaysia ini.Di bawah ini saya bakal kongsikan Keputusan Undian Malaysia Piala AFF Suzuki 2014.

Kita dapat lihat Saingan kempen Piala AFF Suzuki 2014 akan bermula 22 hingga 29 November ini (peringkat kumpulan) sebelum aksi timbal balik separuh akhir pada 6 hingga 11 Disember dan kemuncak pada 17 dan 20 Disember.


Ketika majlis undian di Hotel Sheraton, Hanoi, Vietnam yang berlangsung pada Selasa 5 Ogos 2014, Skuad Harimau Malaya yang kini telah  dibimbing oleh Coach Dollah Salleh telah diundi bersama pasukan Thailand dan Singapura dalam Kumpulan B.

Keputusan Undian Malaysia Piala AFF Suzuki 2014 Harimau Malaya Dalam Kumpulan B.

Berdasarkan analisis terhadap Undian Malaysia Piala AFF Suzuki 2014, Malaysia dilihat meniti laluan penuh berliku apabila diundi berada dalam ‘kumpulan maut’ pada kempen Piala Suzuki AFF kali ini.

Selain Singapura dan Thailand, Malaysia juga perlu berwaspada dengan ancaman satu lagi pasukan dari pusingan kelayakan yang dijangka diisi Myanmar bagi melengkapkan persaingan empat penjuru dalam Kumpulan B.

Bagaimanapun menurut penganalisis bola sepak negara, bagi mereka Kekuatan kesemua pasukan di rantau Asia Tenggara dilihat seimbang dan hampir sama, jadi tidak timbul istilah “kumpulan maut”.



Keputusan Undian Malaysia Piala AFF Suzuki 2014 @ Hakim Mahmud @ Google


EmoticonEmoticon