Dec 31, 2011

Doa Tahun Baru , Doa Awal Dan Akhir Tahun

  Doa Tahun Baru  - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, pada hari ini 31/12/2011 maka hari esoknya ialah tahun baru 2012, so di sini saya amat berbesar hati untuk kongsikan koleksi doa tahun baru dan doa awal tahun serta doa akhir tahun.harap semua doa ini berguna kepada anda semua ok.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

200px-Basmala.svg
awal tahun
Doa awal tahun
Maksudnya:
Allah S.W.T berselawat keatas penghulu kami Muhammmad S.A.W., ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan keatas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


EmoticonEmoticon