Nov 17, 2011

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN ERNI DEKRITAWATI DAN KAMARUL

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN ERNI DEKRITAWATI (ANAK SOSILAWATI) DAN KAMARUL.

Majlis Pertunangan Erni Dekritawati (Rita) & Kamarul - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya pada hari ini.Baiklah di sini saya ingin kongsikan pasal majlis pertunangan anak arwah Sosilawati iaitu Pertunangan Erni Dekritawati dan Kamarul.


Majlis pertunangan nak arwah sosilawati ini membabitkan 500 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.Majlis pertunangan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26 dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, yang telah di adakan pada 30 Okt 2011 yang lalu.

Majlis diadakan secara tertutup di kediaman mewah keluarga jutawan kosmetik itu di Gombak.Acara bermula selepas solat Isyak apabila rombongan lelaki yang mengenakan pakaian berwarna ungu tiba jam 8.45 malam membawa tujuh dulang hantaran termasuk cincin pertunangan dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Difahamkan, jumlah hantaran yang bakal diterima Rita pada majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung 4 Disember depan ialah sebanyak RM30,000 serba satu manakala majlis persandingan di pihak lelaki pula dijadualkan pada 8 Disember. Kredit gambar kepada bicarahatimoon.blogspot.com










1 Add Comment so far

Berjalan dengan lancar nampaknya walaupun tanpa kehadiran ibu disisi kalau ada tentu lagi meriah


EmoticonEmoticon