Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Dec 10, 2015

Semakan Keputusan PT3 2015 Online & SMS

Semakan Keputusan PT3 2015 Online dan SMS |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya. Di sini saya ingin berkongsikan para pelajar lepasan PT3 2015 yang ingin membuat semakan keputusan PT3 secara online. Mungkin masih ada yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat semakan keputusan pt3? sila baca di bawah.

Kepada anda calon-calon PT3 yang telah selesai menduduki peperiksaan awam PT3 untuk tahun 2015. Anda boleh membuat semakan keputusan PT3  mulai Isnin 14 Disember 2015. Terdahulu, PT3 2015 merupakan calon kumpulan kedua yang telah mengharungi Exam PT3 sejak ianya mula dilaksanakan mulai tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan PMR.

Semak Keputusan PT3 2015
Semakan Keputusan PT3 2015 Online & SMS
Tarikh Keputusan Rasmi PT3 2015 Diumumkan Keluar (Rasmi

Keputusan PT3 2015 akan diumumkan keluar pada Isnin 14 Disember 2015. Tarikh rasmi itu telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Semakan Keputusan PT3 2015 Menerusi Sekolah 

Calon PT3 2015 boleh mengambil slip keputusan PT3 di Sekolah Masing-Masing bermula pada pukul 10.00 pagi pada hari keputusan PT3 diumumkan keluar iaitu pada 14 Disember 2015. Format pakaian adalah memakai baju sekolah dengan kemas. 

Semakan Keputusan PT3 2015 Online 

Semakan          boleh          dibuat         menerusi        http://www.moe.gov.my/ atau http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php setelah tarikh keputusan diumumkan keluar. 

Kronologi Keputusan PT3 

2015: 14 Disember 2015 

2014: 22 Disember 2015


Pendidikan

Jan 2, 2015

Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2015 KPM

Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2015 KPM |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya di sini saya akan kongsikan dengan anda borang permohonan skim biasiswa sukan 2015 KPM. Mungkin ramai yang sedang mencari borang permohonan skim biasiswa sukan 2015 ini tapi tidak tahu dimana sumber untuk mendapatkan Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2015 KPM.

Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2015 KPM

Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2015 KPM

Sila layari Borang Skim Biasiswa Sukan 2015 KPM

Borang yang telah diisi dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 30 Mac 2015.

Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Sukan 2015
  • Mereka yang sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);
  • Yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan ATAU Sedang belajar di Kolej Vokasional di Tahun 1 dan 2 sahaja ATAU Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan.
  • Pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM dan Liga Sukan KPM; dan
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Tarikh Tutup Permohonan
30 Mac 2015

Cara Semak Panggilan Temuduga MEDSI UPSI Sesi Februari 2015

Cara Semak Panggilan Temuduga MEDSI UPSI Sesi Februari 2015 |Assalamualaikum dan salam sejahtera baut anda semua yang sudi datang ke blog saya di sini saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk membuat semakan panggilan temuduga MEDSI UPSI sesi Febuari 2015 Ujian Khas kemasukan UPSI Sesi Ambilan Februari 2015. Selamat membuat Semakan Panggilan Temuduga MEDSI UPSI Sesi Februari 2015.

Untuk makluman anda, menerusi makluman rasmi dari  bahagian UPSI bahawa dimaklumkan  semakan menduduki Ujian MEdSI, Temu duga dan Ujian Khas ke program Ijazah Sarjana Muda di UPSI adalah pada 5 Januari 2015 selepas jam 12 Tengahari di laman web UPSI.

Cara Semak Panggilan Temuduga MEDSI UPSI Sesi Februari 2015

Semakan Panggilan Temuduga MEDSI UPSI Sesi Februari 2015 dari Hakim Mahmud di Blog Lonelystarz.

Nov 7, 2014

Permohonan Kemasukan Sekolah SBP 2015 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Permohonan Kemasukan Sekolah SBP 2015 Tingkatan 1 Dan 4 Online |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda iaitu khas kepada mereka yang ingin membuat permohonan untuk memasuki sekolah berasmara pernuh untuk tahun 2015 bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 4 empat secara online. Saya percaya masih ramai yang tidak pandai menggunakan internet atau device seperti telefon pintar oleh itu saya buat tutorial cara-cara untuk Permohonan Kemasukan Sekolah SBP 2015 Tingkatan 1 Dan 4 Online.

Permohonan Kemasukan Sekolah SBP 2015 Tingkatan 1 Dan 4 Online
Google Images


Pelajar tahun enam (6) dan tingkatan tiga (3) untuk sesi persekolahan 2014 sudah tentu akan membuat pilihan terbaik untuk mendapatkan pendidikan selanjutnya nanti.Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia mungkin  menjadi pilihan utama pelajar cemerlang.

Ini kerana Sekolah berasrama penuh (SBP)  mendatangkan banyak manfaat dan juga kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang malah dapat melahirkan modal insan yang agak berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang.

Berikut  saya sediakan ruangan maklumat yang berkaitan dengan anda agar senang untuk membuat permohonan, syarat pemilihan dan kelayakan bagi permohonan ke sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2015

Dibuka1 Oktober 2014
Ditutup30 Oktober 2014

Pautan Portal Rasmi http://www.moe.gov.my Pautan Laman Sistem Borang Permohonan Atas Talian 
(Online)
http://apps5.moe.gov.my/permohonansst1/spat1_2015 Info SBPKlik- Lampiran Aliran Dan Laman Web SBP

Klik- Lampiran Pakej Mata Pelajaran

Klik- Soalan Lazim Pengambilan Pelajar SBP Tarikh Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 tahun 2015Belum diumumkan.

Nota : Kepada para Pemohon hendaklah mendapat bimbingan daripada ibubapa ataupun guru semasa untuk mengisi borang permohonan online SBP 2015 bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasukkan setiap data maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut.

Antara punca tidak berjaya sambung pelajaran ke SBP 2015 iaitu telah melakukan sebarang kesilapan seperti tidak mengisi maklumat dengan betul dan tepat antara punca yang boleh menyebabkan permohonan calon untuk ke SBP gagal.

Sila baca dan fahami dahulu panduan seblelum membuat memohon yang disertakan pada laman permohonan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan kesilapan.


Sila membuat semakan semula maklumat yang diisi itu dengan teliti sebelum mengesahkan dan mencetak permohonan yang telah dilengkapkan.

Syarat Pemilihan Bagi Tingkatan Satu (1)

  • Murid mestilah Warganegara Malaysia
  • Dari Sekolah Tahun 6 Kebangsaan
  • Memperolehi 5A Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Kriteria yang dinyatakan dibawah boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu:-

  • Murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan
  • Murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR dan aktif dalam kokurikulum

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2015 Tingkatan 4
  • Dibuka
  • Belum Diumumkan
  • Ditutup

  • Pautan Portal Rasmi
  • http://www.moe.gov.my
  • Pautan Aplikasi Permohonan Online
  • Akan Dimaklumkan



Syarat Pemilihan Bagi Tingkatan Empat (4)

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
  • Aktif kokurikulum

Kepada yang berminat untuk menyambung pelajaran ke Bidang Kemahiran korang boleh terus ke Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2015

Sep 23, 2014

Borang Permohonan Matrikulasi 2015

Borang Permohonan Matrikulasi 2015 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Di sini saya ingin kongsikan informasi kepada calon-calon spm 2014 di mana ramai yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti universiti,politeknik serta ke Matrikulasi 2015 (KPM). Berikut adalah info tentang Borang Permohonan Matrikulasi 2015.

Melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana telah mengeluarkan  borang permohonan ke matrikulasi untuk kemasukan sesi 2015/2016 boleh diisi.Anda semua boleh membuat pemohon bermula pada 1 Julai 2014 sehingga 10 Oktober 2014.

Borang Permohonan Matrikulasi 2015


Sebelum mengisi borang permohonan untuk kemasukan ke Matrikulasi sesi 2015/2016 para pemohon dikehendaki supaya membaca panduan manual melalui internet untuk mengisi borang permohonan melalui internet di SINI dan panduan mengisi borang di SINI. Bagi mengelakkan sebarang kesilapan dan kesalahan semasa mengisi borang permohonan kemasukan Matrikulasi.

Borang Permohonan Matrikulasi Sesi 2015 / 2016 KPM

untuk mengisi borang permohonan, pemohon boleh ke laman web seperti di bawah:-

http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm

Borang Permohonan Matrikulasi 2015


Contoh paparan borang permohonan Matrikulasi 2015/2016

* Pemohon harus mendapatkan no PIN terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran sebelum membuat permohonan.
* Sila pastikan semua butiran diisi dengan betul sebelum proses penghantaran.

Semakan Permohonan Matrikulasi Sesi 2015 / 2016 KPM

Untuk membuat semakan sama ada permohonan anda telah berjaya dihantar dan disimpan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, pemohon boleh pergi ke http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/semak.cfm untuk membuat semakan.


Jan 5, 2014

Semakan Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014

Semakan Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014 |Assalamualaikum dan salam sejahtera, sukacita dimaklumkan di sini bahawa kepada semua calon MUET 2014 yang telah mengemukakan permohonan untuk menduduki peperiksaan MUET bagi sesi MAC 2014 anda diminta untuk membuat semakan status pendaftaran yang dapat disemak pada 3 Januari 2014 . Kepada calon MUET 2014 semakan pendaftaran boleh mula disemak dengan menggunakan perkhidmatan SMS seperti yang tertera di bawah ini.

Semakan Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014 Guna SMS


Kalendar Muet Sesi 2014